Servis Kerja Kami Kereta FAQ Semak Masalah Lokasi WhatsApp Kami
Cybersouth Dengkil

Servis Gearbox Kereta Tempatan

Kami servis dan baiki gearbox untuk kereta Perodua, Proton, dan kereta popular di Malaysia. Lokasi di Cyber Valley, Dengkil.

Overhaul gearbox Perodua Myvi
Komponen dalaman gearbox
Valve body gearbox
Engine drop gearbox servis
Workshop MH Empire
Servis

Apa yang kami buat

Fokus kami satu sahaja — gearbox kereta anda.

01

Overhaul Gearbox

Tukar semua gasket, seal, clutch plate, bearing & piston kit. Sesuai bila gearbox dah tak boleh masuk gear atau ada bunyi pelik.

02

Minor Repair

Tukar filter, flush minyak lama, dan ganti gasket. Untuk masalah awal sebelum jadi teruk.

03

Tukar Minyak Gearbox

ATF atau CVT — kami gunakan minyak original spec ikut jenis gearbox kereta anda.

04

Oil Seal, Flywheel & Cable

Tukar oil seal, flywheel seal & cable gear lever. Atasi kebocoran minyak dan gear keras masa tukar gear.

05

Diagnostik Gearbox

Kami periksa dan kenal pasti punca masalah gearbox anda sebelum buat apa-apa kerja. Kami bagitahu dulu sebelum baiki.

Kerja Kami

Kes servis sebenar dari workshop kami

Ini bukan gambar stock — semua dari workshop MH Empire, Cyber Valley.

Perodua Myvi gearbox overhaul
Overhaul Penuh

Perodua Myvi — Gearbox Dah Tak Boleh Masuk Gear

Customer datang sebab gear tersangkut dan tak boleh masuk D langsung. Selepas diagnostik, kami keluarkan gearbox sepenuhnya untuk overhaul. Tukar clutch plate, seal, bearing dan pasang semula. Kereta jalan smooth balik lepas 4 hari kerja.

Gearbox internalsOverhaul
Komponen Dalaman Gearbox

Bongkar Penuh — Periksa Setiap Gear & Clutch Plate

Ini dalam gearbox yang dah dibongkar. Kami periksa setiap gear, clutch plate, dan solenoid satu per satu. Yang rosak diganti, yang okay dipasang balik.

Valve body gearboxOverhaul
Oil Pan & Valve Body

Valve Body — Bahagian Penting Dalam Gearbox

Valve body ni yang kawal aliran minyak ke setiap gear. Kalau dia rosak, gear akan jerk atau delay. Valve body masuk sekali dalam pakej overhaul — tak boleh diasingkan.

Engine Drop

Toyota Hilux — Keluarkan Enjin Untuk Akses Gearbox

Ada kereta yang gearbox dia tersembunyi di belakang enjin. Untuk Hilux ni, kami kena keluarkan enjin dulu guna crane baru boleh akses gearbox untuk overhaul. Kerja berat, tapi kami biasa handle.

Toyota Hilux engine drop
Perodua MyviWalk-In
Perodua Myvi

Gear Jerk Bila Tukar dari P ke D

Customer datang walk-in — kereta jerk kuat setiap kali tukar gear. Punca: minyak gearbox dah hitam dan tak pernah tukar. Kami flush dan tukar ATF baru, terus smooth.

Nissan AlmeraMinor Repair
Nissan Almera

Gear Delay & RPM Naik Tapi Tak Bergerak

Masalah biasa Nissan CVT — RPM naik tapi kereta lambat respond. Kami tukar CVT fluid dan buat diagnostik penuh. Kereta kembali normal tanpa perlu overhaul penuh.

Honda CR-VDiagnostik
Honda CR-V

Check Engine Light On — Masalah Gearbox Sensor

Customer datang sebab lampu check engine menyala. Selepas scan, kami jumpa error code gearbox. Buat diagnostik penuh dan tukar solenoid yang rosak.

Workshop MH EmpireWorkshop
Workshop Kami

Hari Biasa di MH Empire — Sentiasa Ada Kereta Masuk

Ini suasana workshop kami di Cyber Valley. Biasanya ada 2-3 kereta dalam workshop pada satu masa. Setiap kereta dapat perhatian penuh dari juruteknik kami.

Kereta

Kereta yang kami servis

Fokus utama kami kereta tempatan dan kereta popular di Malaysia.

Kereta Tempatan

Ini jenama utama yang kami servis setiap hari.

  • PeroduaMyvi, Axia, Bezza, Alza, Ativa, Aruz
  • ProtonSaga, Persona, X50, X70, Iriz, Exora

Kereta Popular Lain

Kami juga boleh servis jenama-jenama ni.

HondaToyotaNissanMazdaHyundaiKiaMitsubishiSuzuki
Proses

Macam mana nak hantar kereta

Simple je, 3 langkah sahaja.

WhatsApp kami

Beritahu masalah gearbox anda. Kami akan tanya sikit details dan bagi anggaran.

Hantar kereta

Bawa kereta ke workshop kami di Cyber Valley, Dengkil. Kami periksa dan confirmkan kerja yang perlu dibuat.

Siap, ambil balik

Kami maklumkan bila kereta dah siap. Datang ambil, bayar, dan jalan.

Lokasi

Di mana kami

Alamat

56-G Jalan Cyber Valley 1B/2,
Cyber Valley Commercial Center,
43800 Dengkil, Selangor

WhatsApp / Telefon

+60 10-228 4544

Waktu Operasi

Isnin – Sabtu: 9 pagi – 7 malam
Ahad: 9 pagi – 2 petang

Semak Masalah

Gearbox anda ada masalah?

Pilih kereta dan simptom, kami sediakan mesej WhatsApp untuk anda.

1 Pilih Jenama
Kereta anda jenama apa?
Perodua
Proton
Honda
Toyota
Nissan
Lain-lain
Model?
Myvi
Axia
Bezza
Alza
Ativa
Aruz
Lain-lain
Model?
Saga
Persona
X50
X70
Iriz
Exora
Lain-lain
Model?
Saya akan maklumkan nanti
2 Pilih Simptom
Apa masalah yang anda perasan?
Gear jerk / hentap
Gear delay / lambat
Gear tersangkut
RPM naik tapi tak jalan
Bunyi pelik
Minyak bocor
Gear keras
Check engine light
Tukar minyak gearbox
Lain-lain
3 Hantar
Mesej anda dah siap — tekan hantar
Hantar WhatsApp Sekarang
Soalan Lazim

Apa anda perlu tahu tentang gearbox

Baca dulu sebelum hantar kereta — supaya anda faham apa yang berlaku.

Tanda gearbox bermasalah

Macam mana nak tahu gearbox saya bermasalah?

Antara tanda-tanda biasa:

  • Kereta jerk atau menghentap bila tukar gear
  • Gear delay — lambat masuk bila tolak dari P ke D atau R
  • Gear tersangkut atau tak boleh masuk langsung
  • Ada bunyi pelik macam humming atau grinding
  • RPM naik tapi kereta tak bergerak (gear slip)
  • Minyak gearbox bocor — nampak kesan di bawah kereta

Apa beza minor repair dan overhaul?

Minor repair — untuk masalah ringan macam jerk atau delay. Kami tukar filter, flush minyak, dan ganti gasket. Tak perlu bongkar habis.

Overhaul — untuk masalah berat. Kami bongkar gearbox sepenuhnya, tukar semua gasket, seal, clutch plate, bearing dan piston kit. Ini untuk gearbox yang dah tak boleh berfungsi.

Minyak gearbox ATF dengan CVT sama ke?

Tidak sama. ATF (Automatic Transmission Fluid) untuk gearbox automatik biasa. CVT fluid untuk gearbox CVT (Continuously Variable Transmission). Jenis minyak yang salah boleh rosakkan gearbox anda. Kami pastikan guna minyak original spec ikut jenis gearbox kereta anda.

Kereta saya Perodua Myvi CVT, boleh servis?

Boleh. Myvi generasi baru guna gearbox CVT. Kami biasa handle gearbox CVT Perodua dan Proton. Servis termasuk tukar CVT fluid dan check belt CVT kalau perlu.

Penyelenggaraan & kos

Berapa kerap kena tukar minyak gearbox?

Panduan umum:

  • Gearbox auto biasa — setiap 40,000 – 60,000 km
  • Gearbox CVT — setiap 30,000 – 40,000 km
  • Gearbox manual — setiap 60,000 – 80,000 km

Kalau kereta selalu dalam trafik jam (KL, Putrajaya), kurangkan sedikit sebab gearbox kerja lebih keras.

Bila sebenarnya kena servis gearbox?

Selain ikut kilometer, anda patut servis gearbox bila:

  • Minyak gearbox dah bertukar warna gelap atau hitam
  • Ada bau hangit dari bahagian bawah kereta
  • Gear mula lambat respond atau jerk
  • Kereta dah melebihi 100,000 km dan tak pernah servis gearbox

Berapa lama masa siap servis?

Bergantung pada jenis kerja:

  • Tukar minyak gearbox — 1-2 jam
  • Minor repair — 1-2 hari
  • Overhaul penuh — 3-5 hari bergantung pada part

Kami akan maklumkan anggaran masa bila dah periksa kereta anda.

Ada warranty untuk kerja yang dibuat?

Ya, kami bagi warranty untuk kerja overhaul dan penggantian part. Tempoh warranty bergantung pada jenis kerja. WhatsApp kami untuk tanya details lanjut.

Jadual servis gearbox yang disyorkan

Ini panduan umum untuk kereta tempatan (Perodua & Proton). Ikut mana yang sampai dulu — kilometer atau masa.

30,000 km / 2 tahunTukar minyak gearbox (ATF/CVT) + filter 60,000 km / 4 tahunTukar minyak + periksa komponen dalaman gearbox 100,000 km / 6 tahunServis penuh — flush system, tukar seal & gasket kalau perlu 150,000 km+Pertimbangkan overhaul jika ada tanda-tanda masalah
Hubungi

Ada masalah gearbox?

WhatsApp kami, ceritakan masalah anda, dan kami akan bantu.